KISHAANYAA A/P A S KRISHNARAO SJKT SUNGKAI
Kit Multi Ruler (KMR) membantu menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 18. KMR merupakan bahan bantu belajar yang mempunyai nombor 0 hingga 18. Kit ini mempunyai ruang untuk menulis simbol dan ayat matematik. Bunga berwarna-warni digunakan untuk mewakilkan nombor. KMR dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan murid dalam operasi tambah. Merngira dengan bahan konkrit dapat membantu murid untuk memperkukuhkan kefahaman. Operasi tolak juga dapat dibuat dengan KMR. Bukan itu sahaja, boleh membilang nombor dengan KMR.Kit ini juga membantu untuk belajar subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Terdapat kod QR yang mempunyai video untuk membantu murid membaca suku kata dalam ketiga-tiga bahasa.