PR1536: HARVE SERUM

SURIADIANA BINTI SHAHRONI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 78 times | LS: 78.0
Like it? | Support them now!

Dalam kajian saya yang telah saya kaji iaitu pembuatan produk Harve Serum, produk ini diwujudkan bagi membantu para pelajar mengembalikan keyakinan diri agar tidak merasa malu atau boleh dikatakan pada zaman sekarang sebagai “insecure” dengan kulit mereka. Produk Harve Serum ini bagus dalam mengurangkan masalah kulit berjerawat, berminyak, lingkaran hitam bawah mata, garis-garis halus pada muka, parut jerawat dan kulit kusam. Produk ini lebih baik dari produk di luar negara. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. Harve Serum merupakan satu produk yang telah diinspirasikan oleh bahan organik iaitu cengkih. Seperti yang kita tahu, cengkih merupakan bahan yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah kulit seperti yang telah disenaraikan tadi. Cengkih mampu mengatasi jerawat serta dapat membantu menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Selain itu, cengkih juga mampu mengatasi kulit berminyak serta menghilangkan bekas parut jerawatdan ia juga mampu menghilangkan kesan kulit hitam di wajah. Akhir sekali, cengkih juga mampu menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat. Konklusinya, produk Harve Serum akan menjadi tarikan pelajar kerana produk ini mampu membantu segala jenis masalah pada wajah dan akan meningkatkan semula keyakinan pada diri pelajar. Dengan adanya produk Harve Serum ini, para pelajar tidak akan berasa malu lagi untuk ke kolej atau dipandang tidak cantik oleh mata-mata pelajar lain. Kulit mereka akan menjadi bersih dan mulus