YS176: TEKNIK DLP DALAM SUKAN PETANQUE

MOHAMAD RAFIQ HAIKAL BIN MOHAMAD RADHI SMK BAGAN TERAP

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 23 Views | 136 times | LS: 136.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pointing sukan petanque dalam kalangan pemain-pemain petanque SMK Bagan Terap. Masalah yang dihadapi adalah para pemain mempunyai tahap kemahiran pointing’yang lemah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa masalah ini adalah disebabkan oleh kesukaran menganggar titik sasaran jatuhan bola petanque dan kesukaran menghentikan bola dalam jarak satu meter dari jack. Perancangan tindakan difokuskan kepada penggunaan kaedah Double Lines Pointing (DLP) untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran pointing. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh dua bulan. Keputusan kajian ini menunjukkan peningkatan pada skor ujian kemahiran pointing para pemain petanque sepanjang tempoh yang ditetapkan.