YS2199: SnakeMatics: Dam Ular Trigonometri

ALIEYA AMIRA BINTI MUHAMAD SHAM SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.1250 | 1 Likes | 8 Views | 1 times | LS: 2.1
Like it? | Support them now!

Topik trigonometri sering dianggap abstrak dan sukar dikuasai oleh murid Tingkatan 3, terutamanya dalam memahami konsep nisbah sinus, kosinus dan tangen. Sehubungan itu, kajian tindakan ini memperkenalkan inovasi SnakeMatics, iaitu penggunaan permainan dam ular yang diubah suai sebagai medium pembelajaran untuk mengukuhkan pemahaman murid tentang nisbah trigonometri. Inovasi ini melibatkan reka bentuk papan dam ular yang mengandungi soalan dan situasi masalah trigonometri, manakala pergerakan pion murid bergantung pada jawapan yang diberikan. Kajian melibatkan sekumpulan murid Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah harian dengan menggunakan ujian pra dan pasca, pemerhatian serta soal selidik minat. Data dianalisis secara deskriptif bagi melihat perubahan skor pencapaian dan tahap minat murid. Dapatan awal menunjukkan peningkatan skor ujian pasca berbanding ujian pra di samping respon positif murid terhadap penggunaan permainan dalam pembelajaran trigonometri. Hal ini mencadangkan bahawa SnakeMatics berpotensi menjadi bahan bantu mengajar yang menarik dan interaktif untuk meningkatkan penguasaan konsep trigonometri di bilik darjah.