YS313: SMART TRAP

MUHAMMAD RIDZUAN BIN HASNI SMK SERI SENTOSA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.2509 | 205 Likes | 817 Views | 119 times | LS: 375.4
Like it? | Support them now!

SMART TRAP ABSTRAK Tujuan projek SMART TRAP ini direka adalah bertujuan untuk mengurangkan pembiakan tikus di kawasan perumahan dan memudahkan pengguna untuk mengetahui apabila tikus sudah masuk ke dalam perangkap. Perangkap ini akan berfungsi apabila tikus masuk ke dalam perangkap dan automatik akan menghidupkan pembaz yang dipasang pada litar elektrik. Apabila pembaz telah dihidupkan bunyi pembaz akan menjadi isyarat kepada pengguna untuk mengetahui bahawa tikus telah masuk kedalam perangkap. Plastik beg akan diletakkan di dalam perangkap untuk memudahkan pembuangan tikus kerana segelintir pengguna mungkin berasa geli atau tidak selesa untuk memegang tikus dengan tangan. Perangkap tikus ini juga dapat mengelakkan pencemaran bau di sekitar kawasan perumahan. Hal ini kerana, perangkap tikus biasa tidak dapat memberi isyarat kepada pengguna untuk mengeluarkan tikus daripada perangkap jadi apabila tikus terperangkap di dalam dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan mereka mati kerana kelaparan serta bau bangkai tikus menjadikan perasaan tidak selesa kepada pengguna di kawasan persekitaran. Dengan penciptaan SMART TRAP ini masalah diatas dapat diatasi, kerana apabila pengguna mendapat isyarat mereka akan mengeluarkan tikus dari perangkap dan mengelakkan mereka dari terperangkap dalam jangka masa yang lama. Produk ini direka dengan berat yang sederhana dan boleh dibawa kemana sahaja. Produk ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh kita menambah baik untuk kesempurnaan fungsi. Secara keseluruhannya produk ini dapat berfungsi untuk melengkapi tujuan ianya direka dan dicipta.