MUHAMMAD AZKAR ZAFRAN BIN MUHAMMAD KIFLI SMK PADANG PIOL
Projek Inovasi Eco Edu Wall merupakan solusi kreatif dan berimpak tinggi dalam memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan warga sekolah. Melalui pembangunan dinding hijau mudah alih yang mesra pengguna dan bersifat interaktif, projek ini mengintegrasikan elemen pendidikan lestari dengan tindakan nyata terhadap penjagaan alam sekitar. Inovasi ini bukan sahaja berperanan sebagai alat pembelajaran, malah menjadi pemangkin perubahan sikap pelajar terhadap isu seperti penebangan hutan dan pencemaran udara. Eco Edu Wall membawa dimensi baharu dalam pendidikan alam sekitar dengan menyemai nilai cintakan alam, mempromosi gaya hidup hijau, serta menyokong agenda kelestarian global.