AKEEF NUH BIN ASRIN SMK BUKIT GARAM II
Projek ini bertujuan membangunkan laman web Q&A pendidikan berasaskan subjek yang membolehkan pelajar menghantar soalan dan guru menjawabnya secara terbuka. Menggunakan teknologi Firebase, semua data soalan dan jawapan disimpan dalam masa nyata dan dapat diakses oleh semua pengguna tanpa kehilangan data walaupun selepas keluar dari laman. Kaedah pelaksanaan melibatkan penggunaan HTML, JavaScript dan integrasi Firestore untuk penyimpanan awan. Hasilnya, laman ini menjadi pusat pembelajaran interaktif, menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan memudahkan guru menyemak soalan pelajar. Ia juga meningkatkan keterlibatan pelajar dalam kelas secara digital dan boleh digunakan di pelbagai peranti.