JS773: Jam Pintar

SARAVANAN A/L MOGANARAJU SJKT METHODIST KAPAR

Jam Pintar ini dihasilkan untuk murid pemulihan untuk menguasai perkataan dan secara tidak langsung murid juga boleh menguasai kemahiran menyebut masa dengan tepat. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membatang dan membunyikan semua suku kata yang ada di kemahiran pemulihan. Jam ini digunakan untuk mengenal pasti tahap keupayaan membina dan membunyikan perkataan oleh murid pemulihan. Murid gembira apabila dapat mengerakkan jarum jam dan jarum minit. Murid mampu menyebut masa yang betul dan dapat membentuk perkataan daripada masa yang ditunjukan dalam Jam Pintar .Penggunaan perkataan yang mudah difahami berserta illustrasi gambar yang menarik membolehkan murid memahami serta mengukuhkan pemahaman mereka. Murid juga dapat membina perkataan dengan membaca dan menyebut waktu yang ditunjuk. Kit ini juga dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran membunyikan suku kata dan membaca perkataan.Disamping itu, murid pemulihan berasa seronok semasa bermain dengan.