SS1391: PIPER BETLE BUN (PB²)

NUR FARA EISYA BINTI AZAHA KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Abstract : Piper Betle Bun diinspirasikan dari daun sirih. Kebiasaannya daun sirih selalu digunakan dalam dulang hantaran perkahwinan sebagai adat resam masyarakat melayu. Daun sirih juga digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak suka akan rasa daun sirih, jadi kami menginovasikan daun sirih kepada roti untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Piper Betle Bun mengutamakan kepada masyarakat yang tidak gemar akan rasa daun sirih tersebut. Piper Betle Bun ini sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Ia juga sesuai untuk dijadikan makanan segera kerana daun sirih mempunyai sifat antioksidan, anti-mutagenik, anti-proliteratif dan anti-bakteria yang mampu mencegah kanser. Piper Betle Bun boleh dimakan oleh semua peringkat umur bermula dari bayi tetapi dalam kuantiti yang kecil hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan daun sirih dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan daun sirih dalam masakan. Hasil dapatan kami setelah memberi beberapa orang untuk mencuba produk kami, mereka mengatakan bahawa produk kami mempunyai rupa yang menarik dari segi hiasan dan bentuk. Seterusnya tekstur rasanya yang lembut juga telah menarik perhatian mereka.