PR2184: APLIKASI MUDAH ALIH AUGMENTED REALITY ARcell

ROHANI BINTI HASHIM SMK TUN MUTAHIR

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 14 times | LS: 14.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi mudah alih ARcell merupakan satu inovasi pendidikan berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) yang dibangunkan khusus untuk membantu pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi Tingkatan 6, terutamanya bagi topik Struktur Sel dan Organel. Inovasi ini bertujuan untuk menangani cabaran pembelajaran subjek Biologi yang bersifat abstrak dan sukar difahami oleh pelajar generasi Z. ARcell menyepadukan kandungan lengkap termasuk nota, imej 3D interaktif, label, suara narasi, kuiz objektif serta soalan esei KBAT dalam satu platform aplikasi yang mesra pengguna. Ia direka berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme dan kognitif multimedia serta mengikut silibus KPM secara menyeluruh. Penggunaan aplikasi ini membolehkan pelajar belajar secara kendiri, meningkatkan minat serta pemahaman konsep biologi secara visual dan interaktif. Keupayaan ARcell untuk digunakan tanpa sambungan data selepas dimuat turun serta kebolehgunaan cetakan imej 3D menjadikannya sebuah alat bantu mengajar yang praktikal, fleksibel dan berimpak tinggi. Aplikasi ini berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, malah sebagai model bagi pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan AR dalam sistem pendidikan Malaysia.