PR1532: BLUEBELLVINE TEA

SURIADIANA BINTI SHAHRONI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 93 times | LS: 93.0
Like it? | Support them now!

Pelajar sering mengalami masalah kelesuan badan yang boleh membuatkan pelajar sukar untuk memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran. Masalah ini boleh dicegah secara luaran dan dalaman. Oleh itu, kajian yang saya lakukan dalam projek tahun akhir ini adalah bagi membantu dalam mengatasi masalah kelesuan badan yang dialami oleh 30 orang responden saya yang berada di kalangan pelajar Kosmetologi di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Produk ‘Bluebellvine Tea’ yang berasaskan bahan Bunga Telang ini dihasilkan untuk mengatasi masalah kelesuan sekali gus memberikan kesegaran kepada tubuh badan yang tidak bermaya. Data dan maklumat responden diperolehi melalui google form untuk dianalisis bagi menentukan hasil kajian. Produk ini dijamin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan yang terlarang dan ianya diperbuat daripada bahan organik yang selamat digunakan pada pelbagai peringkat umur. Di samping itu, kajian yang saya laksanakan ini turut memberikan pengetahuan baharu tentang faktor berlakunya kelesuan dan cara untuk mengatasinya. Dengan ini, produk ‘Bluebellvine Tea’ boleh dijadikan sebagai alternatif kepada para pelajar yang mengalami masalah kelesuan badan.