SITI AISYAH BINTI AMIRUL SHABIRIN SK SUNGAI KAPAL
EcoBriq, sebuah produk yang mesra alam dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG, dengan fokus bertujuan untuk mengurangkan penebangan hutan untuk arang tradisional, mengitar semula kertas terbuang secara kreatif, meningkatkan kesedaran tentang pelepasan CO2 dan tanggungjawab individu terhadap alam sekitar. EcoBriq bukan sekadar penyelesaian alternatif kepada arang tradisional, tetapi juga satu langkah ke arah ekonomi sirkular, di mana bahan buangan diubah menjadi sumber baharu yang lebih bermanfaat. Dengan menggunakan kertas terpakai sebagai bahan utama, kami bukan sahaja mengurangkan pencemaran sisa pepejal, malah membantu mengurangkan kebergantungan terhadap sumber asli yang semakin berkurangan.