JS898: DAM CERITA MYVIEWBOARD

FAKHRYNA HAFIZI BINTI MOHD REZA HAFEZ SEKOLAH RENDAH ISLAM TARBIAH AL-AWLADIAH

Dam Cerita MyVIEWBOARD merupakan perisian digital yang ditawarkan oleh Syarikat MyVIEWBOARD untuk kegunaan para guru dalam PDPC. Perisian ini boleh didapati secara percuma dengan muat turun perisian tersebut. Penggunaan Papan Dam Cerita MyVIEWBOARD direka untuk memudahkan para pelajar mempelajari karangan berbentuk cerita. Sebagai contoh karangan autobiografi Aku Sebuah Televisyen menggunakan kaedah menyembunyikan beberapa perkataan pada buah dam untuk dibuka oleh pemain dan pihak lawan. Perkataan yang diperoleh dikumpul dalam helaian diberi nama Tapak Cerita Dam mengikut lima perenggan. Sekiranya pemain dapat mengambil buah pihak lawan, hadiah khas disediakan dan pemenang ditentukan melalui siapa dapat menyiapkan karangan berpandukan perkataan yang diperoleh.