AMZARRA AWUFY BINTI AZLAN SK KAMPONG SELAMAT
Inovasi Mimba Lavasid merupakan satu alternatif mesra alam yang dibangunkan untuk mengatasi masalah peningkatan kes demam denggi akibat pembiakan nyamuk Aedes. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak daun mimba (Azadirachta indica) iaitu tumbuhan yang terbukti mempunyai sifat bioaktif semula jadi sebagai agen larvasid. Proses penyediaan melibatkan penghasilan larutan ekstrak pekat daun mimba yang kemudiannya diformulasi dalam bentuk semburan mudah guna. Produk ini boleh digunakan secara langsung di kawasan berisiko tinggi pembiakan jentik-jentik. Kajian awal keberkesanan menunjukkan bahawa Mimba Lavasid mampu membunuh lebih 90% larva nyamuk aedes dalam masa 24 jam tanpa memberi kesan negatif terhadap ekosistem air. Penggunaan bahan organik ini bukan sahaja menjimatkan kos berbanding larvasid kimia, malah mengurangkan pencemaran alam sekitar. Inovasi ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3 iaitu kesihatan baik dan kesejahteraan dan SDG 13 iaitu tindakan terhadap perubahan iklim. Produk ini menyasarkan pendekatan lestari dalam kawalan penyakit bawaan vektor iaitu nyamuk. Mimba Lavasid berpotensi untuk dikomersialkan sebagai satu penyelesaian berimpak tinggi dalam pengurusan kawalan denggi di peringkat komuniti dan nasional serta dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengawal penyakit bawaan vektor nyamuk ini. Ia juga memberi ruang kepada pemerkasaan sains dan teknologi tempatan berasaskan sumber semula jadi.