YS576: SWEPAJUK 3.0

NURUL SOFFIYA BT MOHD KHUBAIB SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1026 | 4 Likes | 39 Views | 68 times | LS: 72.4
Like it? | Support them now!

Pengekalan suhu badan amat penting bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan suhu persekitaran atau cuaca melampau. Cuaca sejuk boleh menyebabkan suhu badan menjadi rendah sehingga mengundang penyakit lazim seperti demam, batuk, selesema dan hipotermia. Cuaca panas pula boleh menyebabkan suhu badan menjadi tinggi sehingga boleh mengundang penyakit sinkop haba dan strok haba. Pada era globalisasi ini, berlakunya peningkatan penyakit berkaitan cuaca melampau natijah daripada lapisan ozon yang kian menipis. Implikasinya, permasalahan ini mencetuskan idea kepada murid-murid SBP Integrasi Jempol untuk membangunkan sebuah projek yang diberi nama SWEPAJUK iaitu akronim kepada 'Sweater Panas Sejuk'. SWEPAJUK ini bertujuan untuk mengekalkan suhu manusia seperti menghangatkan badan semasa cuaca sejuk dan menyejukkan badan semasa cuaca panas. Produk ini diperbuat daripada kain jenis polyester yang bersifat kalis air. Produk ini juga diletakkan LED Tape untuk mengenalpasti keberadaan pengguna pada waktu malam. Selain itu, terdapat GPS Tracking agar pengguna mengetahui keberadaan SWEPAJUK ini jika berlakunya kehilangan. Akhir sekali, diletakkan juga Thermal Sensor bagi mengenalpasti suhu persekitaran dan Thermoelectric Coolers yang berfungsi untuk memindahkan haba ke badan. Justeru itu, diharapkan bahawa penghasilan SWEPAJUK ini dapat mengurangkan peningkatan penyakit akibat cuaca melampau di kalangan belia. Kata Kunci: SWEPAJUK, cuaca, suhu, panas, sejuk.