YS267: TARAK

NUR QASRINA SYAZA BINTI HANIZAINI SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 95 times | LS: 95.0
Like it? | Support them now!

Sejak penularan pandemik virus COVID-19, masyarakat melayu Islam dibenarkan menunaikan solat di masjid, namun mereka wajib mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) sepertimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, tetapi dana masjid semakin berkurangan pada waktu solat Jumaat kerana tabung tidak boleh digerakkan. Oleh itu, dengan permasalahan ini, ianya telah mencetuskan idea murid-murid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol untuk membina inovasi tabung yang bergerak sewaktu solat Jumaat iaitu TARAK. TARAK ini akronim daripada Tabung Bergerak yang berfungsi sebagai tabung yang bergerak secara automatik ke satu tempat ke tempat yang lain menggunakan landasannya dan sensor. Justeru itu, ia membolehkan para jemaah untuk menyumbangkan dana kepada masjid tanpa bergerak sewaktu khutbah Jumaat. Seramai 10 orang murid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol sebagai sampel dan terbukti ianya selamat kerana jemaah tidak menolaknya dan dapat mengurangkan risiko memegang tabung tersebut. Inovasi Tarak ini telah mendapat Anugerah Tempat Ketiga pada tahun 2020 dalam Pertandingan Inovasi 2.0 Terbuka Kebangsaan Anjuran Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan. Projek inovasi ini dapat mengawal pandemik COVID-19 ini telah disebar luas secara dalam talian melalui platform media sosial. Diharapkan TARAK dapat mengawal peningkatan penularan COVID-19 di samping dapat digunakan di seluruh masjid di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.