YS953: APRON2GO

NURUL NAJIHAH BINTI NIZAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi Apron2Go merupakan produk multifungsi yang direka untuk meningkatkan kepraktisan dan kemudahan dalam aktiviti harian yang melibatkan penggunaan peralatan kecil. Produk ini menggabungkan fungsi apron dan beg melalui penggunaan butang pada beberapa bahagian apron yang membolehkan ia dilipat dan diklip menjadi beg dengan kemas dan kukuh. Inovasi ini sesuai untuk membawa peralatan kecil dan ringan seperti alat pengupas, termometer serta peralatan asas lain, sekali gus berfungsi sebagai alternatif kepada kotak peralatan. Tujuan utama projek ini adalah untuk memudahkan pengguna membawa dan mengurus peralatan dengan lebih tersusun dan efisien. Kaedah pembangunan melibatkan proses lakaran reka bentuk, pemilihan bahan yang sesuai serta penghasilan prototaip. Hasil projek menunjukkan bahawa Apron2Go mampu menjimatkan ruang, meningkatkan mobiliti serta memberi keselesaan kepada pengguna. Kesimpulannya, inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan kerana memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan fungsi serba guna dan praktikal.