YS516: TIME TREK: Platform Interaktif Subjek Sejarah

Muhammad Airil Adam Bin Che Awang MRSM KUALA BERANG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0256 | 1 Likes | 39 Views | 32 times | LS: 33.0
Like it? | Support them now!

Pembelajaran subjek sejarah agak mencabar kerana ia memerlukan hafalan dan huraian kepada fakta. Cabaran kepada subjek ini ditambah pula dengan kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar. Untuk mengatasi kekangan ini, aplikasi web interaktif yang dinamakan Time Trek dibangunkan untuk membantu pelajar dengan gaya pembelajaran yang berbeza. Time Trek juga berperanan dalam membantu guru dalam mengatasi masalah sumber terhad kepada material artifak dengan menyediakan akses yang lebih luas kepada maklumat sejarah. Menggunakan bantuan visual seperti peta dan elemen multimedia, Time Trek bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan mengingati peristiwa sejarah dengan lebih baik. Kebolehcapaian secara atas talian membolehkan guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana-mana sahaja. Selain itu, Time Trek mengandungi kandungan pembelajaran dalam bentuk imej dan video, contoh-contoh soalan, aktiviti tambahan, serta ruang forum bagi pelajar dan guru berkolaborasi secara atas talian. Time Trek bukan sahaja menyokong pembelajaran dalam talian, tetapi juga dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Ia sejajar dengan tema pendidikan lestari dengan tidak memerlukan cetakan, menjimatkan kertas, dan mengurangkan penggunaan jejak karbon.