SS1485: DE'WAX

SITI NUR BALQIESH BINTI RASID Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Menjaga kecantikan ini juga adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia terutamanya wanita tidak kira usia. Semua kalangan wanita pasti menginginkan kulit yang lebih licin dan juga halus , maka waxing adalah jalan yang sebaiknya . Waxing ialah proses pencabutan bulu roma secara separa kekal. Ia akan menghilangkan bulu roma dari akarnya. Ia mengambil masa 2 hingga ke 6 minggu bagi pertumbuhan semula bulu roma dan sekaligus bulu roma akan jauh lebih halus berbanding bulu roma asalnya. Waxing menjadi sangat terkenal terutamanya di kalangan wanita kerana telah terbukti keberkesanannya untuk membuang bulu. Wanita biasanya mengalami keadaan ini pada bahagian muka terutamanya di atas bibir yang menampakkan seperti misai, kening, garisan bikini, ketiak dan kaki. Lelaki pula lazimnya menghadapi masalah yang sama pada bahagian belakang, dada, leher dan di antara kening. Dalam kebanyakan kes, pertumbuhan bulu roma berlebihan diwarisi dalam keluarga. Etnik juga boleh menjadi faktor di mana 3 orang kulit putih cenderung ditumbuhi bulu muka berlebihan berbanding warga Asia dan Afrika Amerika. Hormon turut memainkan peranan. Sesetengah orang mulai mengalami masalah bulu roma yang tidak diingini sejak akil baligh. Kajian lain mendapati bahawa keadaan ini bertambah teruk apabila peningkatan usia .