NURUL MUHAMMAD 'ATIF BIN NURUL IHSAN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Produk inovasi ini merupakan sebuah robot serbaguna yang direka khas untuk mempermudah kerja di ladang atau kebun. Robot ini dilengkapi dengan bakul besar di bahagian atas untuk mengangkut hasil pertanian seperti buah-buahan, manakala bilah pemotong rumput terletak di bahagian hadapan untuk memastikan pemotongan rumput yang lebih efisien. Robot ini menggunakan bateri yang boleh dicas semula menjadikannya mesra alam sekaligus membantu mengurangkan jejak karbon dan penggunaan bahan api fosil. Robot ini juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mengawal robot dari jarak jauh seterusnya menjimatkan tenaga dan masa. Robot ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat pengangkut hasil tani yang cekap bahkan turut bertindak sebagai pemotong rumput. Ini sekaligus menjadikannya pilihan ideal untuk pengusaha pertanian moden yang mengutamakan kelestarian dan teknologi.