MOHAMAD HAFIZ HAKIM BIN ZULKIFLY KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
Hydrogoat Firestarter ialah bahan pemula api kalis air yang dihasilkan daripada tinja kambing yang mesra alam, efisien, kalis air dan inovatif. Dalam sektor pertanian, tinja kambing merupakan sisa ternakan yang banyak dihasilkan dan sering tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Tinja ini mengandungi
serat tumbuhan yang mudah terbakar apabila dikeringkan, menjadikannya sesuai sebagai bahan asas biofuel. Hydrogoat Firestarter dihasilkan menggunakan sisa ternakan iaitu tinja kambing, minyak masak terpakai, habuk kayu, daun pandan dan lilin. Ujian dijalankan untuk menilai masa penyalaan, tempoh pembakaran, ketahanan terhadap air dan bau. Kajian inovasi ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi dalam menghasilkan bahan pemula api (firestarter) yang mesra alam, efisien, tahan air, dan mudah digunakan berasaskan sisa tinja kambing. Inovasi Hydrogoat Firestarter berpotensi mengitar semula sisa ternakan (tinja kambing) kepada produk yang bernilai dan berguna, menghasilkan firestarter kalis air (hydrophobic) supaya boleh digunakan dalam keadaan lembap atau
hujan, menghasilkan produk kos rendah yang sesuai untuk kegunaan harian seperti perkhemahan, kecemasan, dan aktiviti luar serta meningkatkan kesedaran kelestarian alam sekitar melalui inovasi berasaskan sisa organik. Kesimpulannya HydroGoat Firestarter bukan sekadar bahan pemula api,
tetapi satu inovasi lestari yang menukar sisa ternakan kepada tenaga berguna, sekaligus menyokong kelestarian alam dan ekonomi hijau.