NUR QISTINA QALESYA BINTI MOHD NAZRUDDIN SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID
Ninja Geo adalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan gamifikasi. Gamifikasi ini direkabentuk melalui salah satu tajuk dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan 1, Bab 6 : Bentuk Muka Bumi di Malaysia. Kaedah gamifikasi ini adalah diilhamkan bersempena animasi Naruto dan gabungan permainan Lego. Kaedah ini diperkenalkan kerana tajuk yang dipelajari oleh murid adalah sangat sukar kepada murid tingkatan 1 kerana kami perlu mengingati begitu banyak lokasi-lokasi bentuk muka bumi dan mengenalpasti kepentingan-kepentingan bentuk muka bumi seperti kawasan tanah pamah, tanah tinggi, pinggir laut dan saliran yang terdapat di Malaysia. Melalui kaedah ini, kami cuba mengenalpasti beberapa objektif yang dapat dinilai dan dilihat antaranya murid dapat menyatakan empat bentuk muka bumi, murid dapat mengenalpasti bentuk muka bumi, dan kepentingan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. Melalui jalan penceritaan dalam gamifikasi ini tentulah sangat menarik minat murid-murid kerana ia mengabungkan teknik tarikan melalui animasi dan penggunaan objek permainan lego yang sangat diminati oleh kalangan peringat kami. Sehubungan dengan itu, hasil aktiviti gamifikasi ini dapat dilihat telah menarik minat murid untuk belajar dengan lebih seronok dan tidak membosankan. Murid juga dilihat lebih aktif dan bersemangat di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.