JS1036: MINECRAFT SMART SIFIR

MUHAMMAD DARWISY QUSYAIRI BIN NORSHAHRIZAT SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH

Sifir merupakan kunci utama dalam penguasaan subjek Matematik. Pengusaan sifir memudahkan murid menjawab soalan matematik dengan mudah dan pantas. Malangnya, murid mudah bosan dan tidak berminat untuk menghafal sifir secara tradisional dan bertulis. Oleh itu, penghasilan Minecraft Smart Sifir menggunakan Minecraft sebagai platform utama penghasilan game atas talian kerana amat sinonim dan popular dikalangan murid. Projek inovasi Minecraft Smart Sifir menyediakan soalan kuiz dalam dunia Minecraft mengikut tema seperti lautan, hutan rimba dan sebagainya. Murid perlu menjawab kuiz bermula dari 1 hingga 10 untuk mengumpul diamod sekiranya menjawab dengan betul. Terdapat sifir 2 hingga 10 yang telah dibina dalam dunia Minecraft dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti meniti jambatan gantung, menaiki bot dan teleport untuk ke soalan berikutnya. Murid tidak akan merasa bosan dan dapat menghafal sifir sambil bermain game. Kesemua dunia sifir Minecraft ini dihimpunkan dalam google site untuk memudahkan murid memuatturun dan bermain menggunakan peranti masing-masing. Guru juga boleh menjadikan Minecraft Smart Sifir sebagai kerja rumah di dalam Google Classroom.Untuk tujuan penambahbaikan di masa hadapan, Minecraft Smart Sifir akan mempelbagaikan ciri-ciri menarik lagi, seperti menyediakan watak interaktif dan memasukkan lagu sifir, serta menyediakan menu soal jawab untuk sebarang persoalan.