ST1368: SOS CILI DURISHIDO - PENGHASILAN SOS CILI DURIAN DARIPADA FERMENTASI BIJI DAN ISI BUAH DURIAN

Ts. MOHD ROSNIZAM BIN MOHD YUSOFF KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Buah durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus merupakan buah-buahan yang popular di Malaysia. Ia banyak ditanam Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, durian di gelar sebagai raja buah kerana ianya digemari ramai, rasa yang sedap dan harga yang mahal. Selain itu, buah durian merupakan buah-buahan yang boleh dimakan terus, dijadikan tempoyak dan bijinya di buat kerepek. Namun begitu, buah durian dijual dengan harga yang agak mahal. Harga minimum bagi 1 kg durian adalah RM 8 (pasaran Malaysia). Masyarakat zaman dahulu menghasilkan tempoyak sebagai inisiatif apabila berlaku lambakan buah durian. Tempoyak mempunyai rasa yang unik dan digemari oleh pelbagai lapisan Masyarakat. Namun, harga bagi 1 kg tempoyak juga boleh mencecah sebanyak RM 25. Kumpualan Fourcessing mengambil inisiatif memanfaatkan biji durian sebagai filler dalam penghasilan tempoyak dan menamakan produk tersebut sebagai “Durishido”. Kami juga mengolah durishido untuk di masukkan ke dalam resepi penghasilan sos cili kami. Sos cili Durishido merupakan satu produk inovasi yang menggabungkan resepi penghasilan sos cili tempoyak yang menggunakan biji durian sebagai filler dalam penghasilannya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencipta kelainan rasa sos cili dan mengatasi masalah lambakan durian dengan memanjangkan jangka hayat penyimpanannya. Projek ini dijalankan di Makmal Pemprosesan Makanan, Kolej Vokasional Pertanian, Teluk Intan, Perak.