YS1289: BRILLIANT ECO ART

MUHAMMAD ARIF QAYYUM BIN MD YUSMI SMK TAMAN RIA JAYA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.2727 | 6 Likes | 22 Views | 62 times | LS: 69.6
Like it? | Support them now!

Penggunaan bahan kitar semula dengan Pendekatan 3R untuk dijadikan suatu hasil yang indah dan berguna diaplikasikan pada produk ini. BRILLIANT ECO ART rekaan tempat meletakkan bekas penanaman yang menarik. BRILLIANT ECO ART direka dengan ciri-ciri ergonomik iaitu mudah dikendalikan kerana mempunyai tali dan roda bagi tujuan membawa pasu yang berat . Produk ini juga boleh dicat dengan warna yang dikehendaki supaya ruang yang hendak dihias lebih menarik berbanding penggunaan pasu tanah liat yang hanya mempunyai rona warna yang tidak boleh ditukar dan kurang menarik. Botol plastik ini juga boleh diubahsuai daripada segi rupa dan saiz . Dekorasi ruang sekolah akan lebih mudah kerana produk ini mesra pengguna ke atas warga sekolah seperti guru,murid dan tukang kebun. Di mana mereka tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat dekorasi pada majlis-majlis rasmi di sekolah. Produk ini adalah medium dekorasi BIJAK untuk dikomersialkan.