AZZAHRA' BINTI AZHAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
Teknologi Animasi satu pendekatan visual interaktif yang berfungsi sebagai medium dalam pendidikan yang dijadikan alat yang berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mengukuhkan kefahaman dalam konteks pembelajaran murid. Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah cerita animasi pendek bertajuk “Pegar” yang berkisahkan peribahasa Melayu “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”. Animasi ini boleh digunakan sebagai medium dalam pendidikan bagi menyampaikan kefahaman murid terhadap maksud dan nilai moral yang terkandung dalam peribahasa tersebut. Melalui pembangunan animasi ini juga adalah bagi melihat sejauhmana kefahaman murid dan masyarakat tentang pemahaman maksud peribahasa itu dengan jelas. Projek ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE yang dengan berpandukan aliran prosuksi (pipeline production). Projek animasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Autodesk Maya 2024 dan Blender. Perisian Adobe Photoshop cc 2024 dan Adobe Illustrator adalah untuk penghasilan texture manakala perisian Adobe After Effect CC 2024 dan Adobe Premiere Pro CC 2024 digunakan untuk proses penyuntingan video. Analisis dilakukan bagi mendapat maklumbalas dari responden bagi melihat sejauhmana kefahaman tentang peribahasa tersebut dengan menggunakan instrument borang seoal selidik. Hasil dapatan analisis data mendapati min keseluruhan berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa bahawa cerita yang disampaikan mampu menjelaskan maksud dan pengajaran yang terkandung dalam peribahasa tersebut dengan lebih tepat selepas menonton animasi. Melalui pendekatan visual dan naratif penonton lebih mudah memahami maksud tersirat serta konteks penggunaan peribahasa tersebut. Oleh itu, penggunaan animasi sebagai bahan bantu mengajar wajar digalakkan dan dimanfaatkan secara meluas dan berterusan dalam usaha memperkasakan pengajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah.
Kata kunci : Animasi, ADDIE, Harap Pegar, Pegar Makan Padi,