YS1117: OKARA VADAI

NUR SYAFIQAH BINTI MUHAMAD FAIROS KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 34 times | LS: 34.0
Like it? | Support them now!

Okara adalah hasil sampingan kacang soya tidak larut hasil daripada pemprosesan susu soya dan tauhu. Jangka hayat okara yang singkat kerana kandungan kelembapannya yang tinggi menyebabkan ia sangat kurang digunakan semula dan biasanya dibuang ke tapak pelupusan sampah serta menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Memandangkan okara kaya dengan nutrien seperti serat makanan, lemak, protein dan vitamin, ia sangat berpotensi untuk dijadikan produk makanan hiliran seperti kuih tradisional yang enak. Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis kuih tradisional makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Penggunaan okara bagi menggantikan dal merupakan satu pilihan yang tepat kerana ia dapat menghasilkan kuih vadai yang enak dan setanding dengan kualiti vadai tradisional. Olahan resepi yang dihasilkan membuktikan okara vadai mempunyai keistimewaan tersendiri di samping dapat mengurangkan kos penggunaan bahan utama iaitu kacang dal. Oleh itu, penghasilan vadai daripada hampas kacang soya ini dianggap sebagai pembangunan produk berinovasi tinggi kerana dapat menukarkan hasil sampingan soya yang bernilai rendah kepada produk makanan bernilai tinggi dengan pelbagai manfaat kesihatan.