JS1007: MAGIC PZ BOX 2.0

MUHAMMAD ISKANDAR ZULKARNAIN BIN SUHAILI SK BAGAN SERAI

Magic PZ Box merupakan alat bantu mengajar bagi membantu meningkatkan tahap penguasaaan murid terutamanya murid tahap 1. Reka bentuk kajian adalah eksperimen dengan ujian pra dan pos. Magic PZ Box membantu murid memadankan huruf kecil dan besar serta meningkatkan kemahiran motor halus melalui koordinasi mata dan tangan. Penggunaan warna memfokuskan murid pada huruf. Pendekatan bermain sambil belajar memudahkan pengecaman huruf. Alat ini membantu murid yang lemah dalam mengenali huruf dengan menyediakan jawapan padanan. Dibuat dari bahan terbuang seperti botol plastik dan kotak, malah dapat digunakan dalam pelbagai konteks pendidikan. Rekabentuknya yang menarik dan mudah dibawa memudahkan penggunaannya dan user friendly.