AISY FARHAN BIN MOHD FAIZUL SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG
TactiMath Go
Aisy Farhan bin Mohd Faizul
Nur Mardhiyah binti Mohammad Hariz
Aina Afina Izz Nur Islam binti Ahmad Khalid
Malarvily a/p Marimuthu
ABSTRAK
TactiMath Go merupakan inovasi permainan pendidikan berasaskan papan interaktif yang dibangunkan bagi menjadikan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan, interaktif dan mudah difahami. Pembangunan inovasi ini tercetus daripada masalah murid yang kurang berminat, mudah hilang fokus dan sukar menguasai operasi asas matematik melalui kaedah pembelajaran konvensional. Inovasi ini dibangunkan dengan mengaplikasikan elemen gamifikasi, pembelajaran interaktif dan pendekatan STEM melalui penggunaan papan permainan, dadu bernombor dan dadu operasi serta sistem reward dan penalty. Persoalan kajian tertumpu kepada keberkesanan TactiMath Go sebagai bahan bantu mengajar interaktif untuk pelajar arus perdana dan pelajar berkeperluan khas, manakala hipotesis kajian menyatakan bahawa penggunaan TactiMath Go mampu meningkatkan minat, fokus dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Keberkesanan pembangunan TactiMath Go dianalisa menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik melibatkan 30 orang pelajar sekolah rendah termasuk pelajar pendidikan khas Kolej Komuniti Jelebu. Hasil analisis menunjukkan majoriti pelajar memberikan respon positif dari segi keyakinan diri, interaksi sosial dan penglibatan aktif semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, TactiMath Go berpotensi dijadikan sebagai bahan bantu mengajar inovatif yang menyokong pembelajaran abad ke-21, pendidikan inklusif dan Sustainable Development Goal (SDG 4: Quality Education).
Kata Kunci: Matematik, Gamifikasi, STEM, Papan Permainan, Pendidikan Interaktif