JS2224: Penapisan Eko-Bio: Air Sungai & Air Parit

Muhammad Hariz Bin Abdul Rahman SK Haji Hussin Dol

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.1111 | 4 Likes | 36 Views | 67 times | LS: 71.4
Like it? | Support them now!

Projek STEM ini membangunkan sistem penapisan berlapis yang menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti arang tempurung kelapa, biji asam jawa, daun jambu batu kering, bebola tanah liat, sabut kelapa dan batuan kecil. Kajian ini menguji keberkesanan gabungan bahan semula jadi dalam menapis air tanpa menggunakan bahan kimia. Dua jenis sampel air digunakan, iaitu air sungai dan air parit. Ujian visual melibatkan pemerhatian bau, warna, kekeruhan dan perubahan warna kertas litmus dilakukan sebelum dan selepas penapisan. Hasil menunjukkan perubahan positif ketara terhadap kualiti air serta menstabilkan pH air ke arah neutral. Kajian ini menawarkan inovasi mesra alam dan mampu milik serta menyokong pendidikan lestari dan inovasi hijau berasaskan sumber semula jadi tempatan. Selain itu, projek ini dapat meningkatkan akses air bersih kepada penduduk luar bandar kerana mudah dibina dan kos rendah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6). Dengan memanfaatkan bahan semula jadi tempatan, kita dapat membantu usahawan tempatan menjana pendapatan. Kami percaya, air bersih tidak sepatutnya mahal.