SS1555: Multi-size Tote Bag

NURDINA BATRISYIA BINTI MOHD YUZI KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Pertandingan Inovasi Virtual Innovation Competition Malaysia 2024 Multi-size Tote Bag Nurdina Batrisyia binti Mohd Yuzi, Nur Sara Shakinah binti Badrul Hisham & Nurain Izzuani binti Mohd Basir Pensyarah Pembimbing : Pn.Minarni Binti Mohd Noor Jabatan Seni Reka Fesyen Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Perak Darul Ridzuan ABSTRAK Tote bag merupakan salah satu beg sandang yang terbuka di bahagian atas kemudian dilengkapi dengan dua tali pendek yang berfungsi untuk disandang di bahu . Umumnya, tote bag hanya punya satu bukaan utama untuk memasukkan atau mengeluarkan barang. Kebanyakkan reka bentuk tote bag simple namun memudahkan penggunanya dalam hal pemakaian. Tote bag yang diperbuat daripada fabrik merupakan salah satu pilihan pengguna wanita untuk digunakan bagi mengisi keperluan wanita ketika ke tempat kerja atau membeli belah. Berdasarkan pemerhatian kami sebagai pelajar, didapati keperluan ruang penyimpanan tote beg tidak cukup besar dan kadangkala tidak sesuai untuk meletakkan objek yang pelbagai saiz menyebabkan pelanggan membelanjakan wang untuk membeli beg yang berbeza saiz. Di sebabkan masalah ini kami telah menghasilkan produk inovatif yang dipanggil (Multi-size Tote Bag) tote beg yang boleh dilaraskan megikut kesesuaian. Produk ini dihasilkan bertujuan untuk mengatasi masalah membawa pelbagai saiz barangan dengan hanya menggunakan satu beg sahaja. Ia juga mempunyai nilai estetik, fashionable dan tahan lasak. Konsep penjimatan dan Go Green diterapkan dalam penghasilan produk ini.