NUR SAFIYYAH HUSNA BINTI NAZRI SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA
Type Your Abstract Here!
FerraGrab – INOVASI KESELAMATAN BENGKEL
Oleh:
Nur Safiyyah Husna Binti Nazri
Nur Qisya Qaisara Binti Faizul Akmal
Mohammad Fazlie Haziq Bin Mohammad Fazmi
Nama Guru Pembimbing :
Muhamad Izzuddin Bin Kusman
Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor
ABSTRAK
Projek inovatif FerraGrab ini tampil sebagai solusi efektif terhadap isu keselamatan dan kebersihan yang sering diabaikan di ruang kerja pertukangan. Kehadiran logam-logam kecil seperti paku berkarat, serpihan mata pisau atau skru tajam boleh mengakibatkan kecederaan serius kepada pengguna lebih-lebih lagi apabila ia tersembunyi di kawasan sempit yang sukar dicapai dengan tangan atau memerlukan kudrat untuk membongkok yang menyukarkan proses pembersihan. Dengan teknologi dan sistem magnetik, FerraGrab ini direka bentuk secara kompak dan fleksibel bagi membolehkannya menyusup ke ruang-ruang sempit seperti bawah meja kerja, celahan almari dan celah mesin industri. Keupayaannya mengutip logam bukan sahaja mempercepat proses pembersihan malah meningkatkan tahap keselamatan bengkel. Produk ini sangat sesuai digunakan di Bengkel RBT sekolah, makmal kejuruteraan serta ruang industri logam bagi memastikan kawasan kerja kekal bersih, teratur dan bebas risiko bahaya. Di samping itu, reka bentuk ergonomik dan mesra pengguna menjadikannya mudah dikendalikan oleh murid, guru mahupun pekerja industri menjadikan ia satu inovasi yang bukan sahaja praktikal malah berpotensi dikomersialkan.
Kata kunci : logam kecil, sistem magnetik, FerraGrab.