YS2118: STARTRAX

Alya Marissa MRMS TUN ABDUL RAZAK

STARTRAX ialah sistem rekod disiplin digital yang dibangunkan bagi mengatasi masalah rekod kesalahan pelajar secara manual seperti kesalahan lewat, pemakaian dan tanda nama yang mudah hilang, lambat disemak serta sukar mengesan kesalahan berulang. Metodologi projek melibatkan pembangunan laman web yang menyimpan maklumat pelajar, merekod kesalahan melalui nombor kad matrik dan mengira status VCS secara automatik. Dapatan menunjukkan sistem ini mempercepat perekodan, memudahkan semakan guru dan menghasilkan laporan bercetak. Perbincangan menunjukkan STARTRAX lebih sistematik, menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan kertas. Kesimpulannya, STARTRAX membantu pengurusan disiplin sekolah secara lebih cekap dan teratur.