YS887: Pembelajaran Kreatif Subjek Matematik Tingkatan 2 Menggunakan Kaedah MMC

FAMIEYLIA FOULCAR SMK MEDAMIT

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 27 times | LS: 27.0
Like it? | Support them now!

Kurikulum Persekolahan 2027 ini adalah kurikulum berasaskan standard menetapkan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu. Kurikulum ini adalah berorientasikan kompetensi menekankan keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan. Fokus kurikulum bagi murid menengah rendah,meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat dan pembentukan karakter. Oleh itu, satu kaedah pembelajaran kreatif telah direka iaitu kaedah MMC (Math Magic Cards). MMC direka untuk membantu murid Tingkatan 2 mempelajari subjek Matematik Tingkatan 2 dengan mudah serta meningkatkan kreativiti dalam teknik pembelajaran guru.