JS1374: Neem & Herbs Soap + Toy

WAN DAMIA AZZAHRA BT WAN MOHD YUSOFF SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA

Neem & herbs soap + Toy” ini adalah produk inovasi terbaru bagi tahun 2024. Sabun ini sangat istimewa kerana ia ditambah dengan mainan kesukaan kanak-kanak untuk menggalakkan kanak-kanak agar lebih suka menggunakan sabun untuk mandi. Sabun ini dibuat dengan menggunakan campuran gliserin, minyak kelapa dara dan serbuk daun semambu, serbuk kunyit, serbuk daun-daun herba dan parutan buah limau purut. Selain itu, melalui program ini juga dapat menyuntik minat murid untuk meneroka Sains serta hijaukan Bumi. Secara tidak langsung program ini dapat melahirkan murid yang kritis, kreatif, inovatif serta cinta dan sayang pada Bumi kita