YS565: MONOXILEM

FARA QARISHA ALYA BT MOHD FADIL SBP INTEGRASI JEMPOL

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 49 times | LS: 49.0
Like it? | Support them now!

Sejak kebelakangan ini,Malaysia seringkali dilanda banjir yang disebabkan oleh musim monsun.Banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani bencana banjir ini.Namun begitu,bencana ini tetap tidak dapat dielakkan. Antara punca berlakunya banjir adalah apabila hujan berterusan berhari-hari yang menyebabkan air sungai dipenuhi air dan seterusnya melimpah ke kawasan berdekatan.Tuntasnya,pihak kami telah memerah otak sehingga kering untuk mengeluarkan idea yang bernas.Projek ini diberi nama sebagai MonoXilem dimana ia merupakan sebuah jambatan yang boleh mengurangkan paras air di sungai. MonoXilem mempunyai pengesan yang terdapat pada tiang dibawah jambatan.Apabila air melepasi paras tertentu,air akan dipam masuk ke dalam tiang lalu disalurkan ke sungai atau empangan yang berdekatan.Ironinya,paras air sungai dapat disurutkan sehingga ke paras normal sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya limpahan air. Secara keseluruhannya,penduduk yang berdekatan dengan sungai tidak lagi perlu risau tentang berlakunya banjir sekiranya hujan. Diharapkan projek ini dapat mencegah daripada berlakunya banjir yang acap kali berlaku ketika musim monsun yang melanda negara-negara yang terlibat.