ST472: SERBUK MINUMAN BERASASKAN BIJI KURMA DAN DAUN KELOR

MUHAMMAD ADAM ALIF BIN ZAINUDDIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Serbuk minuman berasaskan biji kurma dan daun kelor merupakan satu inovasi produk yang dijalankan untuk menghasilkan produk minuman yang berkhasiat , sihat dan sedap untuk diminum. selain itu, inovasi ini dijalankan adalah untuk menghasilkan satu produk dari bahan sisa untuk menjadi satu produk yang baharu seterusnya dapat menghasilkan produk kesihatan yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dengan menggunakan biji kurma dan daun kelor. Penggunaan daun kelor di dalam serbuk minuman bersama biji kurma adalah kerana daun kelor mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kepada pengguna, Antara manfaat daun kelor ialah dapat mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis. selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesihatan mata dan ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan.