SS1317: "Roserind Essence"

ENG WAN PENG KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

"Roserind Essence" adalah sejenis produk atau pupur yang diformulasikan dengan kebaikan asam jawa, membantu memenangkan kulit, mengurangkan minyak berlebihan, dan memberi kesan segar serta berseri. Teksturnya ringan dan mudah meresap, menjadikan kulit lebih lembut, halus, dan bebas cela. Dengan penggunaan produk atau pupur "Roserind Essence" ini dapat mengatasi permasalahan muka yang berjarawat di kalangan remaja pada zaman sekarang. Ia merupakan bahan yang berasaskan Tamarindus Indica (Asam Jawa),asam Jawa kaya dengan sifat anti-bakteria, antioksidan, dan anti-radang yang berpotensi membantu mengurangkan jerawat serta memperbaiki kesihatan kulit secara semula jadi. Asam jawa juga mengandungi Vitamin C seperti antioksidan bagi tingkatkan kolegen dan kurangkan parut jerawat dan Vitamin A seperti kawal sebum untuk mempercepatkan regenerasi kulit. Sebagai kesimpulannya, dengan penggunaan pupur "Roserind Essence" ini akan dapat mengurangkan jerawat dan parut muka, menjadikan kulit lebih segar dan bersih, dan ia adalah produk alternatif semula jadi dan selamat berbanding bahan kimia agresif. Secara tidak langsung ia akan merupakan remaja lebih yakin pada diri sendiri dengan penampilan diri yang baik, cantik dan bersih.