MUHAMMAD AQIL DANISH BIN RIZAL SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
Pendidikan Islam di sekolah rendah menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan pengantar Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1 hingga 6 di peringkat sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti penggunaan inovasi SuKa Jawi dalam meningkatkan kemahiran menulis sambungan awal, tengah dan akhir dalam Jawi serta menulis perkataan dua, tiga dan empat suku kata dalam Jawi dengan betul. Kajian ini menggunakan Model Dick & Carey dalam pelaksanaan inovasi terhadap 60 responden murid Tahap 1 dari 3 buah sekolah iaitu SK Bandar Mas, SK Salak South dan SK Kuala Slim. Kaedah deskriptif telah dilaksanakan bagi menganalisis data daripada ujian pra dan pasca yang telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan peratusan prestasi murid di SK Bandar Mas daripada (29%) kepada (90%), SK Kuala Slim daripada (24%) kepada (90%) dan SK Salak South daripada (33%) kepada (94%). Perbandingan daripada ujian pra dan pasca di ketiga-tiga buah sekolah juga menunjukkan prestasi yang cemerlang dan terdapat peningkatan drastik dalam ujian pasca yang telah dijalankan. Kajian membuktikan pentingnya kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran inovasi yang berkesan bagi memenuhi matlamat KPM.