CHLOE LAM SUET YEE A/P LAM WAI LOON SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEE WHA
Rumah ini ialah rumah yang direka khas untuk kawasan pantai dan cuaca panas. Bumbung rumah boleh dibuka ketika cuaca sejuk untuk pengudaraan semula jadi dan ditutup semasa cuaca panas bagi mengurangkan haba. Rumah ini juga mempunyai sistem tadahan air hujan yang mengumpul air ke dalam tangki dan menyalurkannya melalui paip untuk menyiram tanaman. Selain itu, panel solar di atas bumbung mengumpul tenaga matahari, manakala kipas angin besar di luar rumah membantu penyejukan. Di dalam rumah juga terdapat basikal penjana tenaga untuk menghasilkan elektrik dan menjimatkan penggunaan tenaga secara mesra alam.