Shaqiel Ryan Riefqy Bin Khairul Hasidi Kolej Vokasional Ampangan
Pada masa kini, para pensyarah dan guru masih menggunakan kaedah penghantaran tugasan secara konvensional iaitu melalui pigeonhole atau pelajar hanya menghantar tugasan dan meletakkan di atas meja. Kaedah ini mudah dilaksanakan, namun tetap menimbulkan masalah kepada pensyarah iaitu akan menyebabkan tugasan pelajar boleh bercampur dengan tugasan kelas yang lain atau pensyarah tidak perasan tugasan yang dihantar. Kaedah penghantaran ini juga akan menyebabkan meja dipenuhi dengan tugasan pelajar. Oleh itu, bagi menambah baik masalah kaedah penghantaran tugasan, projek Lecturer Assignment RFID Drawer (LARD) dibina. Projek LARD menggunakan laci bertingkat yang berkunci, di mana ia boleh dibuka menggunakan kad RFID. Projek ini mempunyai tiga laci yang berbeza di mana pensyarah boleh mengasingkan tugasan ke laci yang berkenaan. Apabila tugasan masuk ke dalam laci, IR sensor akan mengesan tugasan yang dihantar dan akan menghantar isyarat ke ESP32, di mana satu mesej akan sampai ke telegram pensyarah bagi memaklumkan bahawa tugasan telah dihantar. Pensyarah boleh membuka ketiga-tiga laci menggunakan satu kad RFID yang sama. Ini dapat memberi kemudahan kepada pensyarah. Hasil projek ini dapat digunakan oleh pensyarah, guru atau mana-mana tenaga pengajar yang lain. Projek ini juga boleh menggantikan penggunaan pigeonhole di pejabat pensyarah. Diharapkan projek ini dapat menambah baik pengurusan penghantaran tugasan dan meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan.