YS1677: MONOPOLI PERIBAHASA

AUDREY CHANG JING YING SMK PENRISSEN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0732 | 3 Likes | 41 Views | 61 times | LS: 64.2
Like it? | Support them now!

Monopoli Peribahasa Ialah permainan pendidikan yang menggabungkan konsep monopoli dengan pembelajaran peribahasa dalam Bahasa Melayu. Direka untuk membantu pelajar memahami dan menguasai peribahasa melalui cara yang menyeronokkan dan interaktif, permainan ini melibatkan pemain yang menggerakkan pion menggunakan dadu dan menjawab soalan peribahasa apabila mendarat pada petak tertentu. Dengan pendekatan ini, pelajar dapat mengenal pasti, memahami, dan mengaplikasikan peribahasa dalam konteks yang sesuai. Inovasi ini bertujuan meningkatkan penguasaan peribahasa, motivasi, interaksi, dan minat pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu, serta sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kelas atau aktiviti luar bilik darjah.