YS1215: E.C.Lizer

ROSMA ANAK BENEDEG SMK TEBAKANG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

E.C. Lizer adalah baja tanaman yang sesuai untuk semua jenis tanaman. Ia dihasilkan daripada penggunaan bahan organik seperti kulit telur, sisa kopi dan lebihan nasi. Kandungan bahan nutrien yang terkandung dalam ketiga - tiga bahan seperti magnesium, fosforus, kalium dan kalsium boleh meneutralkan asid , meningkatkan kualiti tanah serta mempercepatkan pembentukkan akar disamping menyuburkan tanaman. Baja organik dalam sisa serbuk kopi berupaya menarik cacing tanah yang boleh membantu melonggarkan tekstur,struktur tanah dan menyuburkan tanah. . Cara penggunaan adalah dengan menabur satu sudu makan ( 3 - 5 g) berdekatan pangkal pokok. Adalah disyorkan seeloknya pemberian baja ini dibuat dalam masa dua minggu sekali. Pastikan menyiram air selepas membaja untuk mempercepatkan penyerapan oleh akar pokok. Ia dihasilkan dalam bentuk serbuk dan butir. E.C. Lizer bersifat mersa alam, meningkatkan kesihatan tanah, mengurangkan pencemaran alam dan meningkatkan keuntungan dalam bidang pertanian kerana kos penghasilan yang rendah.