YS1495: DETACHABLE JACKET

HALISYA KHYRA BT MOHD HANAPI MRSM JOHOR BAHRU

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 28 times | LS: 28.0
Like it? | Support them now!

Produk 'detachable jacket' ini dihasilkan bertujuan untuk memastikan pengguna mempunyai jaket yang panjang dan pendek dalam masa yang sesuai mengikut kemahuan pengguna itu tanpa perlu membeli 2 jenis jaket. Ini adalah kerana ramai pengguna yang mempunyai masalah menentukan panjang dan pendek jaket yang perlu dibeli oleh mereka. Apabila membeli 2 jaket yang berbeza kepanjangan, pengguna perlu membeli 2 jenis jaket yang mengakibatkan pembaziran dan kerugian wang ringgit. Melalui penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk fesyen dan teknologi pembuatan telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan jaket ini. Langkah-langkah untuk menghasilkan produk ini telah dilakukan dengan melibatkan jahitan pada fabrik dan penggunaan pen 3d dalam menghasilkan butang. Selepas produk siap, pengujian dan penilaian dilakukan untuk melihat keberkesanan produk ini dan objektif juga tercapai. Produk ini telah diuji oleh para pengguna dan mencapai objektif dalam menyelesaikan masalah pengguna. Ianya juga mendapat maklum balas positif daripada pengguna serta sesuai untuk dipasarkan.