YS1594: SMART MIRROR

PUTERI ALYA FADHLINA BINTI AHMAD FADHIL SM TEKNIK KUALA TERENGGANU

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 20 Views | 24 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Pada zaman moden yang kian mencabar ini, ramai pemilik rumah sering menghadapi kesukaran untuk mengawal penggunaan elektrik di rumah terutama para ibu bapa yang sukar untuk mengelakkan pembaziran penggunaan elektrik. Inovasi produk ini menawarkan penyelesaian untuk masalah tersebut sambil memberikan fungsi yang lebih banyak lagi. Produk ini boleh menjadi perabot rumah yang elegan sambil menawarkan perkhidmatan yang boleh membantu pengguna untuk memantau penggunaan elektrik di rumah termasuk dengan nilai tambahan yang lain seperti kamera litar tertutup tersembunyi dan kalendar digital. Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai pengecaman muka dan suara untuk pengguna. Ia juga boleh diselaraskan mengikut pilihan dan citarasa pengguna. Kami harap produk ini dapat memudahkan pengguna dan mempromosikan inovasi taraf dunia.