Emil Daniel Bin Nasiruddin Kolej Vokasional Pasir Gudang
Portable Recycle Infusion System (PRIS) merupakan satu inovasi yang dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sistem resin infusion serta mengurangkan pembaziran sumber dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Projek ini bertujuan menyediakan sistem infusi yang mudah alih, selamat dan mesra pengguna di samping menyokong amalan kelestarian melalui konsep kitar semula dan penggunaan sumber yang lebih optimum. Hasil pelaksanaan menunjukkan bahawa PRIS berpotensi mengurangkan kos operasi, mengoptimumkan penggunaan peralatan, serta mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Secara keseluruhannya, projek ini menawarkan penyelesaian yang praktikal, berdaya saing dan mampan bagi menyokong peningkatan kualitiserta kesejahteraan pengguna.