MOHAMAD NORFITRI BIN MOHD SOFIAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
JAWI VERSE: APLIKASI INTEGRASI AUGMENTED REALITY (AR) DAN AUDIO ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN JAWI
MOHAMAD NORFITRI BIN MOHD SOFIAN, MUHAMMAD ADAM AMSYAR BIN MOHAMMAD HAIDIL, NUR HUMAIRA BINTI MUHAMMAD NASIRUDDIN,
ANNURAH FATHIYYA BINTI AHMAD YAHAYA,
WAN AHMAD FIKRI BIN WAN RUSHDAN, SITI KHALIJAH BINTI ISMAIL
Sekolah Kebangsaan Bandar Mas
ABSTRAK
Jawi adalah penguasaan yang wajib dikuasai oleh setiap murid di Sekolah Rendah yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Kini, murid Generasi Alpha kurang gemar mempelajari Jawi kerana beranggapan membosankan. Masalah ini menimbulkan isu kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid di peringkat rendah. Justeru, Jawi Verse dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut. Objektif inovasi ini ialah murid dapat mengenal pasti huruf Jawi tunggal, memadankan dan menulisnya dengan betul dan tepat selepas intervensi. Inovasi ini dibangunkan secara maya dengan integrasi Augmented Reality (AR) sebagai medium interaktif menarik minat murid dan Audio Artificial Intelligence (AI) sebagai pengukuhan sebutan huruf. Tambahan pula, inovasi juga membangunkan ruang tulis menggunakan ‘Chalk Room’ untuk membantu murid menulis dengan pendekatan surihan nombor. 10 orang murid Tahun 1 pemulihan Jawi telah terlibat dalam intervensi yang dijalankan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara selepas menggunakan inovasi. Peningkatan ditunjukkan melalui kebolehan mengenal pasti huruf Jawi tunggal memadankan dan menulisnya dengan tepat. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi digital dan pendekatan interaktif mampu meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam Jawi. Jawi Verse berpotensi untuk dikomersialkan kerana kandungan yang selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta sesuai digunakan oleh guru, ibu bapa dan murid di seluruh Malaysia. Jawi Verse diharapkan dapat digunakan secara meluas kepada semua murid di seluruh Malaysia menjelang 2027.
Kata Kunci : Jawi, Augmented Reality (AR), Artificial Intelligence (AI), menulis, huruf