JS1133: EASY XEROX

THIEYANA A/P RAMACHANDRAN SJKT TAPAH

Masalah pelajar lambat menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru kian menjadi isu yang serius di sekolah .Kerja yang membabitkan jadual,gambar, carta dan sebagainya menjadi isu utama bagi pelajar galus .Objektif utama inovasi ' easy xerox'  ini dicipta bertujuan untuk membantu murid semua tahap melukis dan mempercepatkan proses melengkapkan kerja rumah dengan pantas dan kemas . Kajian ini melibatkan lima  orang murid  Tahun 5 sekolah SJK(T) Tapah. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Ujian temu bual  dilakukan untuk menjamin ketekalan data. Melalui penganalisisan data, didapati murid-murid pemulihan menghadapi masalah untuk melukis gambar Dan jadual. Mereka tidak yakin dan tidak boleh melukis tanpa bimbingan. Pakej ini dibina dengan bahan -bahan kitar semula seperti,kotak buangan,lampu,cermin buangan dan kaedah ansur maju. Dengan hukum pantulan cahaya Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada penguasaan murid-murid dapat menyiapkan kerja rumah yang yang bergambar atau jadual dalam masa yang ditetapkan oleh guru.Kesimpulannya, murid dapat menghantar kerja rumah dengan cepat dan kemas dengan mesin 'Easy Xerox'. Lagipun, murid-murid menjadi lebih yakin dalam aktiviti PDPC dalam kelas . Kata Kunci: melukis, Xerox