Yuslina Mohamed UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYsIA
AABAMA adalah satu model interaktif bacaan alQuran yang khusus untuk anak-anak ketidakupayaan pembelajaran seperti Slow learner, Disleksia, Autisma dan down syndrome yang berasaskan fonik bunyi huruf mudah kepada huruf susah yang dibahagikan kepada 4 level pembelajaran. AABAMA telah menggunakan pendekatan dan strategi multi sensori iaitu Lihat-Sentuh-Pegang- Sebut/Padankan(LSPS) sebagai medium asas pembelajaran bagi anak-anak golongan ketidakupayaan pembelajaran. Susun atur AABAMA yang mesra fonik dan haraka(Baris) dapat memudahkan kanak-kanak golongan ketidakupayaan pembelajaran untuk mempelajari dan memahami cara pembelajaran alQuran. Model AABAMA ini terdiri dari 7 item utama yang bercirikan mesra pengguna dan menggunakan material bahan tahan lasak sebanyak 32 board asas.