PR1352: ROSE SALT SOAK

NORHAZIDAHNI BINTI ZAMANI KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

Type Your

Rosesalt Soak merupakan satu inovasi dalam penjagaan kaki harian yang dirumus khas untuk mengatasi keletihan otot, masalah kulit kering, dan tekanan harian akibat gaya hidup yang sibuk.Kajian mendapati bahawa pensyarah dan pelajar sering mengalami sakit otot kaki, keradangan, serta gangguan tidur disebabkan rutin kerja yang padat. Tambahan pula, produk sedia ada di pasaran kurang menekankan penggunaan bahan semula jadi yang selamat dan bebas bahan kimia. Produk Rosesalt Soak ini dirumus daripada 100% bahan semula jadi, menggabungkan garam himalaya, pati mawar dan putik mawar yang kaya dengan mineral, antioksidan, dan agen anti-radang. Garam himalaya bertindak sebagai detoks semula jadi dan membantu melegakan otot yang tegang, manakala pati mawar memberikan kelembapan kepada kulit serta aroma yang menenangkan untuk membantu tidur lena dan mengurangkan tekanan. Proses penghasilan melibatkan pemilihan bahan berkualiti, pencampuran mengikut nisbah tertentu dan pembungkusan kedap udara bagi menjamin kualiti. Rosesalt Soak bernaung di bawah Program Kosmetologi dan telah berdaftar di bawah SSM dan menerima cap dagangan MyIPO, dengan potensi untuk dikomersialkan lebih meluas. Inovasi ini berpotensi dikembangkan kepada variasi aroma lain untuk menambah nilai produk. Inovasi ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna moden, tetapi turut menyokong gaya hidup sihat dan lestari.

 

Kata Kunci : Garam himalaya, pati mawar, penjagaan kaki, anti-radang, aromaterapi, detoks kaki, bebas bahan kimia

Abstract Here!